Assalamualaikum semua :)
" Aku bukanlah orang yang hebat,
tapi aku mahu belajar dari orang-orang yang hebat..
Aku adalah orang yang biasa,
tapi aku ingin menjadi orang yang luar biasa..
Dan aku bukanlah orang yang istimewa,
tetapi aku ingin membuat seseorang menjadi istimewa.. "
Sesungguhnya, Shaklee telah banyak mengubah kehidupan saya. Nak tahu kisahnya?? Teruskan membaca.....hehehehe
Saya mula kenal Shaklee pada awal tahun 2013. Diperkenalkan oleh mummy Shaklee saya iaitu kak Izzati Adnan. First produk yang mula saya kenal ialah Shaklee Collagen Powder. Mula-mula nak jadi dropshipper je dengan kak Zati. Sempat la jadi dropshipper untuk 2~3 hari. Tapi tak sempat terjual lagi. Huhu
Lepas tu kak Zati ajak join ahli, sebab dia cakap, nampak saya bersungguh-sungguh nak berniaga, so kalau dapat harga ahli lagi untung. Tapi saya takde modal masa tu, maklumlah saya student lagi. So fikir banyak kali jugak nak join ahli pun walaupun modal ciput jer,,hehe..RM65 je pun. Then kak Zati cakap, takpe, dia tolong bayarkan dulu. Saya pun setuju. So secara rasminya saya bergelar Shaklee Independent Distributor (SID). Saya memang join Shaklee dengan niat nak cari pendapatan, bukan sampingan, tapi PENDAPATAN UTAMA saya. Nak bantu keluarga. Terfikir jugak, kak Zati ni percaya betul kat saya walaupun baru kenal tak sampai sebulan. Tambah lagi kenal kat facebook je. Memang, saya mengaku, sampai sekarang saya tak pernah sekali pun bersua muka dengan kak Zati. Tapi alhamdulillah, saya dah anggap kak Zati macam kakak saya sendiri. Dia banyak sangat tolong saya. Alhamdulillah jugak, saya dah pun selesaikan apa yang saya pinjam daripada kak Zati dulu ^_^
Normal bila kita nak mula menjual sesuatu, kita akan cari info tentang produk tersebut. Saya pun buat benda yang sama. Bukan setakat baca dari memberkit yang dapat, tapi dari blog-blog SID yang lain, Mummy saya & group-group khas Shaklee. Semua SID memang dididik supaya tak terlalu bergantung dengan upline, tapi perlu ada communication dengan upline. Tak terlalu bergantung tu macam mana? Contohnya, untuk tahu mengenai sesuatu produk, better search sendiri dulu kat google or mana sumber selain orang. Kalau dah tak faham sangat baru refer kat upline. Upline jugak tempat untuk kita confirmkan balik apa yang kita dah faham daripada bacaan. Dengan cara ni, saya dapat didik diri saya supaya tak bergantung pada orang lain baik dalam Shaklee mahupun dalam kehidupan seharian saya. Alhamdulillah. Saya lebih yakin dengan diri sendiri.
Saya sayang Shaklee <3 Sayang sangat. Walaupun saya tak pernah lagi rasa bonus beribu-riban setiap bulan. Walaupun saya jarang dapat customer. Tapi ada sebab lain yang buatkan saya sayang sangat dengan Shaklee. Sebabnya Shaklee dah berjaya membantu saya dekatkan diri dengan Allah & dah bagi saya satu big family yang saling membantu & akrab. Jujurnya, sebelum kenal Shaklee, saya kurang dekatkan diri dengan Allah. Tapi sekarang, alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya berusaha dekatkan diri dengan Allah. Sebab rezeki kita semua datang daripada Allah. Hanya Allah tempat kita memohon pertolongan.
Lagi satu, sekarang ni, saya berniaga more to nak bantu orang untuk sihat, bukan nak dapat untung yang banyak, saya dah tak fikir semua tu, tapi tak la sampai merugikan saya pulak,,hihi
Alhamdulillah, memang saya merasai kesan dekatkan diri dengan Allah dalam hidup saya. Syukur sangat.
Rezeki semakin murah & mudah & dalam pelbagai bentuk.
Alhamdulillah, dah hampir 2 tahun saya bersama Shaklee. Dah hampir 2 tahun jugak saya kenal Kak Zati. InsyaAllah, suatu masa, dengan rezeki Allah kami pasti bertemu jugak. Saya harap, hati saya tetap bersama Shaklee. Semoga saya tidak termakan segala fitnah tentang Shaklee. Saya yakin saya boleh berjaya dalam Shaklee. Saya yakin saya dapat bantu lebih ramai orang yang memerlukan di luar sana dengan Shaklee. InsyaAllah, doakan saya ^_^
Sekian..
Jom masak !! :D :D
No comments:
Post a Comment
feel free :)