Sunday, May 3, 2015

Muka BERMINYAK ! Tak selesanya !

Kenali Jenis Kulit Berminyak / Berjerawat


1. Kulit muka terasa segar dan selesa bila dicuci dengan pencuci muka atau air biasa.
2. Kulit muka terutamanya bahagian hidung kelihatan berminyak pada waktu tengahari.
3. Kulit muka terasa segar selepas menggunakan toner.
4. Kulit muka kerap ditumbuhi jerawat, begitu juga di bahagian belakang badan.
5. Kulit muka terasa sangat berminyak semasa menggunakan krim malam.
6. Bahagian hidung terdapat banyak white head dan black head.
Penyebab Wajah Berminyak
*******************************************
󾮜 Makanan yang Berlemak
󾮜 Hormon tidak Seimbang
󾮜 Salah Pilih Kosmetik
󾮜 Keturunan

Cara merawat muka berminyak.
Kulit berminyak tentunya menjadi masalah yang sangat mengganggu bagi anda. Selain kerana kulit yang kelihatan berkilap bila terkena cahaya, kulit yang berminyak juga kelihatan kusam dan tidak segar. Apatah lagi bagi anda yang memakai make up, kulit yang berminyak membuat make-up anda menjadi tidak sekata dan mudah luntur.
Macam mana nak atasi masalah kulit berminyak ni?
  • Rajin membersihkan wajah diikuti dengan penggunaan toner khas untuk wajah berminyak. Hal ini penting, sebab jika salah memilih toner, masalah minyak di wajah anda akan lebih teruk, kerana pada umumnya toner atau pembersih wajah ini menyebabkan kulit menjadi kering sehingga kurang sesuai bagi kulit berminyak. Selain itu, jangan pakai pembersih dengan scrub setiap hari. Sebaiknya gunakan seminggu sekali, dan pilih yang mengandungi bahan semulajadi

  • Rawat kulit anda dengan seleri. Tumbuhan ini mengandungi L-tryptophan yang berfungsi sebagai anti-oksidan semulajadi, kandungan vitamin A, B1, B2, dan C yang berguna untuk mengurangkan kandungan minyak pada wajah. Seleri juga dapat mencegah keradangan kerana biasanya kulit berminyak akan menyebabkan timbulnya jerawat.

Caranya ? 
  • Bersihkan seleri, potong hingga menjadi potongan yang kecil dan halus. Rebus potongan seleri tadi dalam air mendidih selama kurang lebih 15 minit. Kemudian, matikan api, sejukkan. Gunakan air rebusan seleri yang telah sejuk ini untuk membersihkan wajah anda. Biarkan airnya meresap selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan secara rutin dan lihatlah perbezaannya.



Perlukan Rundingan / Ingin memesan Product Shaklee untuk kesihatan bersumber SEMULAJADI,
Saya perunding bertauliah anda :
Mimi Marhana Ghazali
010-3921524
Page : Healthy 'n' Beauty

****************************************************************************************


Semua maklumat, keterangan produk, serta testimoni pengguna yang disiarkan bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Anda dinasihatkan berjumpa pakar jika menghidapi sebarang penyakit atau masalah kesihatan untuk tujuan konsultasi, diagnosis dan rawatan susulan sebelum mengambil sebarang supplemen.
Kita hanya berikhtiar dan berusaha, semuanya di atas kuasa Yang Maha Berkuasa.

No comments:

Post a Comment

feel free :)