Cotton Murah

Hi Cotton Lovers ! :)

Mimi nak share sikit info dengan uolls ni.
Mimi tahu, kat sini raaaaaaamai penggemar kain cotton kan ?

Haa hari ini, Mimi nak bercerita mengenai kelebihan dan kebaikan kain kapas(Cotton). Alang-alang dah menjual kain kapas(cotton) ni kan..hihi





Kain Kapas (cotton) terdapat dua jenis,iaitu 100% asli dan campuran.
Ok, Mimi nak cerita pasal jenis kain kapas (cotton) 100% asli. Ianya dihasilkan daripada kain kapas tanpa campuran bahan lain. Biasanya dicantumkan dengan 40 sehingga 60 benang menegak dan melintang.

Haaa...ni la antara kelebihan kain kapas (cotton):

1) Tekstur kain yang lembut, tidak berkanji, sejuk dan tidak mengecut. Apa yang pasti ianya selesa dipakai. (kanak-kanak yang pun selesa pakai tau)

2) Kain kapas adalah hypoallergenic atau tahan hama dan habuk.
Dimana ianya adalah kain pilihan yang terbaik untuk orang yang mengalami asma, alahan atau mereka yang mempunyai masalah kulit sensitif dan mudah terdedah kepada kerengsangan. ( Kebanyakkan bayi juga mempunyai kulit sensitif, sebab tu la baju bayi kebanyakkannya dihasilkan daripada material cotton ni )





3) Ianya juga bersifat semula jadi.Ini kerana tekstur kainnya yang membenarkan peredaran udara berfungsi dengan baik bagi membantu mengeluarkan dan menyerap lembapan kulit,menjauhkan kepanasan serta mengekalkan suhu sejuk dan kering pada badan. ( Sesuai untuk anda yang aktif jugak tau )

4) Mempunyai gentian paling kuat iaitu tahan suhu tinggi ketika proses penyahkuman dilakukan. Sebagai contoh, kebanyakkan hospital menggunakan kain kapas sebagai cadar dan pakaian pesakit. Bagi menjalankan proses tersebut ianya perlu direndam pada air yang menggelegak untuk mematikan kuman. Disini kita dapat lihat tekstur kain masih lagi baik dan tahan lama. ( Berbaloi dengan harganya sebab tahan lama & susah nak rosak )






Note: Tahukah anda pakaian yang diperbuat daripada kain kapas ini menjadi pakaian kesukaan Nabi?

Hadith Anas bin Malik r.a; Diriwayatkan daripada Qattaddah r.a: bertanya kepada Anas bin Malik; Pakaian apakah paling disukai oleh Rasulullah s.a.w atau digemari oleh Rasulullah s.a.w?. Beliau menjawab:Hibarah iaitu sejenis pakaian yang diperbuat daripada kapas dan dihiasi.- sumber dari internet-


Jom usha corak-corak comel kain cotton :)
Klik sini tau Cotton Comel BYmimi




No comments:

Post a Comment

feel free :)