Assalamualaikum 😊
InsyaAllah Mimi nak kongsi sikit apa yang Mimi dapat daripada program PLKN.
Mimi join PLKN pada tahun 2011. Kumpulan 1 / Siri 8. Bertempat di Kem Lagenda Seri Negeri, Langkawi (KLSN).
Masa sekolah, Mimi berdoa sungguh-sungguh supaya tak dapat panggilan ke PLKN. Sebabnya, dalam fikiran Mimi, aktiviti di PLKN ni semua lasak-lasak. Mimi pulak jenis yang tak suka lasak. Tapi Allah dah rancang apa yang terbaik untuk diri Mimi.
Dengan berat hati, Mimi dihantar oleh mak ayah ke tempat berkumpul. Rasanya di Stadium Darul Aman, Alor Setar (ingat-ingat lupa dah 😅).
Lebih kurang 3 bulan Mimi di PLKN,macam-macam yang Mimi belajar. Tapi Mimi nak share satu ja kali ni.
LOVE WHAT YOU DO 💜
Mimi yang pada asalnya tak suka sungguh-sungguh dengan PLKN, boleh jadi jatuh cinta. Tak rasa terbeban langsung sepanjang di PLKN. Macam mana?
FOLLOW THE FLOW & FOLLOW THE RULES. Mimi ikut saja semua arahan daripada jurulatih. Jadi, jurulatih tak ada rasa tak puas hati dengan Mimi & Mimi pun tak ada rasa tak puas hati dengan jurulatih. Walaupun kita tak suka, kita usaha jugak buat & perlahan-lahan pupuk dalam diri rasa suka tu. Sebab tu lah Mimi berjaya jugak habiskan program PLKN selama tiga bulan tu dengan berjaya & senang hati 😆
So simple. Don't make it hard.
Macam tu juga dalam hidup kita hari-hari ni. Kena apply jugak benda ni. Baru la tak tertekan. Betultak? 😊